Moh Santai


Pernah tak timbul pertanyaan pada diri sendiri, anak-anak kita suka kita tak?
Pada saya sebagai ibu bapa dah tentu kita nak anak2 suka dan sayang kat kite. Lebih lagi puas hati kalau dapat tengok anak2 kite tu gembira bila keluar bersama. Memang susah nak puaskan hati anak2. Saya ada anak2 yang sedang membesar dan meningkat remaja, dan dari segi kewangan bukanlah mampu nak bawak anak pergi bercuti ke tempat2 percutian yang grand dan sangat selesa. Tapi satu pengalaman yang sangat memuaskan hati bila saya bawak anak2 ke destinasi budget yang ciput je - Muzium Negara seterusnya berjalan kaki ke Taman Tasik Perdana jer.
Mula bertolak ke Muzium agak2 jam 10 ke 11 pagi. Sampai lebih kurang jam 12 tgh hari. Masuk muzium 4 orang bayar RM 2 dan 2 orang lagi free je. Anak2 saya rupanya suka tengok replika2 bersejarah sambil kami bercerita, yang rajin baca tu, baca jugak fakta yang ade. Anak2 yang dah bersekolah menengah suka baca sejarah – kena-mengena dengan pelajaran di sekolah. Semua ruang kami masuk, ada 4 ruang semua diorang suka. Pandai pulak anak2 nih menghargai sejarah negara mereka.
Kebetulan, di Muzium masa tu ada pameran pasukan bolasepak Malaysia sempena kemenangan Malaysia menjadi juara AFF Suzuki menewaskan Indonesia di ruang legar. 
Masa turun dari tingkat atas, kami tertumpu pada satu sudut ruang pameran, ada nampak macam seorang selebriti bolasepak negara yang terkenal disitu. Rupanya jurulatih bolasepak skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal. Berebut anak2 saya nak bergambar dengan beliau dan mintak sain autograph. Selesai bergambar kami keluar ke surau.
Alhamdulillah, selepas tu kami ke pameran setem pulak. Lepas keluar dari ruang pameran, kami ke ruangan jualan setem. Sibuk masing2 mencari setem yang disukai. Macam2 setem kami beli. Disinilah bermulanya kami berkongsi minat mengumpul setem dengan anak2. Mereka baru nampak kenapa kami suka mengumpul setem. Dah letih, pegi makan di café kat Muzium.
 






Dah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Taman Tasik Perdana ikut jalan tepi Muzium. Tak sangka anak2 seronok berjalan ke sana. 
Satu perkara, Taman Tasik Perdana nih agak seronok juga, dengan penyelenggaraan yang agak baik, ramai gak orang. Kami naik ke Brazilian Hut, seterusnya ke taman kancil dan rusa.

Lepas tu terus ke Laman Heliconia. Di sini kami berkongsi minat lagi, ambil gambar sambil lepak tepi kolam dengan dinding air terjun. Anak perempuan remaja memang suka bergambar.
 








Kami meneruskan explorasi Taman Tasik Perdana, jalan tepi tasik menikmati keindahan alam, ada taman berbagai bunga, ada itik, ada pulau di tengah tasik, agak tenteram dan menyeronokkan. Waktupun dah semakin lewat, kami bertolak pulang.
Inilah cuti yang sangat memuaskan. Wajah riang anak2 dari masa bertolak tak hilang sampai balik. Walaupun agak letih, semua pengsan dalam perjalanan pulang. Bila dah sampai rumah masih tak habis bercerita lagi. Cukup bahagia dan bermakna.